Stesen sejatan adalah stesen yang mengukur proses dimana air bertukar dari keadaan cecair menjadi wap melalui pertukaran tenaga haba dengan menggunakan peralatan takungan aluminium kelas “A” U.S. bergaris pusat 1210 mm dengan ketinggian 255 mm. |
Stesen hujan adalah stesen yang berupaya mendapatkan jumlah, kadar dan agihan hujan dengan menggunakan tipping bucket (0.5 mm setiap tip) yang bergaris pusat 8 inci. |
Stesen enapan ampai adalah stesen yang mengumpul endapan yang terampai di sungai dan pemendapannya di dasar bergantung kepada halaju pemendapan dan saiz endapan . Beban endapan ialah zarah yg mengandungi lodakan, tanah liat & pasir halus yg di bawa bergerak mengikut aliran sungai. |
Stesen aras air adalah stesen yang digunakan untuk merekod aras air untuk digunakan secara langsung atau tidak langsung sama ada melalui bacaan manual (tolok lurus) atau automatikuntuk tujuan ramalan banjir dan kajian pasang surut air |
Stesen kualiti air adalah stesen yang mengukur persampelan kualiti air yang biasanya dibuat di stesen luahan sungai sedia ada di mana perhubungan di antara kadar luah sungai dan sebarang parameter kualiti air boleh didapati. |
Stesen luahan sungai adalah stesen yang digunakan untuk mengukur halaju air, kadar luahan sungai dan kedalaman sungai untuk menghasilkan lengkung tahap luahan sungai bagi tujuan penaksiran sumber air. |